Tuesday, July 28, 2009

Pernahkah YESUS mengatakan Dia Tuhan?

Perkataan TUHAN adalah istilah umum kepada Maha Esa (juruselamat, jalan ke syurga, jalan kebenaran dan suci). Dalam Bahasa English perkataan ini diterjemah kepada LORD.

Yesus banyak kali mengatakan bahawa segala kekuasaan ada dalam Dia. Dia mendapat kuasa itu kerana FIRMAN ALLAH yang menguasai Dia. Yesus berkuasa keatas kematiaan dan keselamatan manusia.

Petikan kata-kata Yesus dalam Alkitab:-
Yohanes 6:47 - "Dengan sungguh-sungguh Kukatakan kepada kalian, bahwa setiap orang yang percaya kepada-Ku sudah memiliki hidup kekal!" (Terjemahan Firman Allah yang Hidup).

Yohanes 14:6 - Kata Yesus kepadanya: "Akulah jalan dan kebenaran dan hidup. Tidak ada seorangpun yang datang kepada Bapa, kalau tidak melalui Aku.

Kenapa orang Kristian memanggil Yesus (Nabi Isa), Tuhan?

Perkataan TUHAN adalah istilah umum kepada Maha Esa (sesuatu yang sangat berkuasa, jalan ke surga, jalan kebenaran, penyelamat dan suci). Dalam Bahasa English perkataan ini diterjemah kepada LORD.

Apabila orang Kristian mengungkapkan TUHAN YESUS (LORD JESUS) bererti YESUS yang yang maha esa. Yesus maha esa kerana Dia dikuasai oleh FIRMAN ALLAH.

Siapakah nama Tuhan orang Kristian?

Dalam Perjanjian Lama (Bahasa Asli) ialah YAHWEH atau JEHOVAH. Perkataan ini diterjemah dalam Bahasa English kepada GOD. Dalam Bahasa Arab diterjemah kepada ALLAH.

Wednesday, July 15, 2009

Istilah-Istilah Kristian

Orang Kristian menggunakan istilah-istilah berikut dalam Berkhotbah, Berdoa dan Menyembah dengan pengertian seperti berikut
  1. Allah Bapa - Allah yang Mencipta
  2. Anak Allah - Firman Allah
  3. Yesus - Firman Allah yang hidup
  4. Roh Kudus - Allah yang membimbing/meunutun...
  5. Dalam Nama Yesus - atas nama Firman Allah yang hidup
  6. anak-anak Allah - hubungan Allah dengan manusia yang sangat akrab

anak-anak Allah adalah ungkapan/istilah yang digunakan untuk menyatakan hubungan Allah dengan manusia. Ungkapan ini juga adalah hak yang diberikan Allah kepada mereka yang percaya kepada Yesus (Firman Allah). Percaya kepada Yesus bermaksud percaya bahawa semua perkataanNya adalah Firman Allah.

Saturday, July 11, 2009

Trinity - Tri-Tunggal

Trinity merupakan salah satu persoalan dasar dalam agama Kristian. Ramai orang mempersoal ungkapan ini kerana ingin mengetahui hal sebenar atau hanya untuk melihat kepincangan agama Kristian.

Penjelasan kepada persoalan ini adalah seperti berikut:-

Trinity adalah ajaran agama Kristian yang mengajar bahawa hanya ada satu Tuhan (GOD). Perkataan ini timbul pada awal kekristianan apabila ramai orang yang baru percaya keliru dengan perkataan Allah Bapa, Anak dan Roh Kudus. Orang baru percaya ini menganggap ada tiga Tuhan yang perlu disembah iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus.

Mereka mempersoal, siapa yang patut disembah Bapa, Anak atau Roh Kudus. Para pengkaji Alkitab pada masa itu menggunakan istilah Trinity untuk menjelaskan bahawa hanya ada satu Tuhan iaitu Allah (God). Allah adalah terjemahan oleh Kristian Arab untuk perkataan GOD sekitar tahun 300 AD yang digunakan oleh Arab Muslim 300 tahun kemudiannya iaitu sekitar 630 AD.

Kenapa ada Bapa?
Bapa adalah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sifat Allah yang mencipta. Jadi kalau ada orang Kristian yang mengungkapkan istilah "Allah Bapa" dia sedang mengagungkan Allah kerana ciptaanNya.

Kenapa ada Anak?
Anak adalah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sifat Allah yang berfirman (menyampaikan isi hati Allah kepada manusia). Yesus (Nabi Isa) adalah Firman (Yoh 1:1- 34). Oleh itu, perkataan ini menjadi ungkapan kepada Yesus yang telah membawa Firman Allah kepada manusia.

Kenapa ada Roh Kudus?
Roh Kudus adalah ungkapan untuk sifat Allah yang membimbing. Allah wujud dimana-mana, pada bila-bila masa dengan sifat ini. Perkataan ROH digunakan kerana Allah adalah ROH. Perkataan KUDUS digunakan kerana Allah adalah kudus adanya. Allah membimbing manusia supaya faham akan FirmanNya dengan ROH KUDUS.

Oleh itu, ungkapan Allah Bapa, Anak dan Roh Kudus boleh juga disebut sebagai Allah Pencipta, Berfirman and Membimbing. Perkataan Bapa, Anak dan Roh Kudus digunakan kerana ia membawa makna yang sangat besar dalam sejarah penciptaan manusia. Perkataan ini juga boleh menjelaskan hubungan Allah dengan manusia.

Jadi istilah Trinity adalah ajaran yang mengajar orang Kristian bahawa hanya ada satu Tuhan dan bukan mengajar bahawa ada tiga Tuhan yang perlu disembah.