Saturday, July 11, 2009

Trinity - Tri-Tunggal

Trinity merupakan salah satu persoalan dasar dalam agama Kristian. Ramai orang mempersoal ungkapan ini kerana ingin mengetahui hal sebenar atau hanya untuk melihat kepincangan agama Kristian.

Penjelasan kepada persoalan ini adalah seperti berikut:-

Trinity adalah ajaran agama Kristian yang mengajar bahawa hanya ada satu Tuhan (GOD). Perkataan ini timbul pada awal kekristianan apabila ramai orang yang baru percaya keliru dengan perkataan Allah Bapa, Anak dan Roh Kudus. Orang baru percaya ini menganggap ada tiga Tuhan yang perlu disembah iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus.

Mereka mempersoal, siapa yang patut disembah Bapa, Anak atau Roh Kudus. Para pengkaji Alkitab pada masa itu menggunakan istilah Trinity untuk menjelaskan bahawa hanya ada satu Tuhan iaitu Allah (God). Allah adalah terjemahan oleh Kristian Arab untuk perkataan GOD sekitar tahun 300 AD yang digunakan oleh Arab Muslim 300 tahun kemudiannya iaitu sekitar 630 AD.

Kenapa ada Bapa?
Bapa adalah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sifat Allah yang mencipta. Jadi kalau ada orang Kristian yang mengungkapkan istilah "Allah Bapa" dia sedang mengagungkan Allah kerana ciptaanNya.

Kenapa ada Anak?
Anak adalah perkataan yang digunakan untuk menunjukkan sifat Allah yang berfirman (menyampaikan isi hati Allah kepada manusia). Yesus (Nabi Isa) adalah Firman (Yoh 1:1- 34). Oleh itu, perkataan ini menjadi ungkapan kepada Yesus yang telah membawa Firman Allah kepada manusia.

Kenapa ada Roh Kudus?
Roh Kudus adalah ungkapan untuk sifat Allah yang membimbing. Allah wujud dimana-mana, pada bila-bila masa dengan sifat ini. Perkataan ROH digunakan kerana Allah adalah ROH. Perkataan KUDUS digunakan kerana Allah adalah kudus adanya. Allah membimbing manusia supaya faham akan FirmanNya dengan ROH KUDUS.

Oleh itu, ungkapan Allah Bapa, Anak dan Roh Kudus boleh juga disebut sebagai Allah Pencipta, Berfirman and Membimbing. Perkataan Bapa, Anak dan Roh Kudus digunakan kerana ia membawa makna yang sangat besar dalam sejarah penciptaan manusia. Perkataan ini juga boleh menjelaskan hubungan Allah dengan manusia.

Jadi istilah Trinity adalah ajaran yang mengajar orang Kristian bahawa hanya ada satu Tuhan dan bukan mengajar bahawa ada tiga Tuhan yang perlu disembah.

3 comments: